Selamat Datang ke MTAT Online


السَّلَام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

Salam kepada semua Muslimin/Muslimat yang membaca ruangan ini.

Kami memohon sumbangan yang berterusan daripada Tuan/Puan untuk menampung kos memagar kawasan madrasah dan memasang CCTV untuk meningkatkan keselamatan dan memantau aktiviti2 yang berlaku dalam kawasan madrasah




Tapak Induk Madrasah (5.5 ekar)


Tapak Pertanian Madrasah (2.5 ekar)


Kawasan Keseluruhan Madrasah (8 ekar)


Kawasan madrasah perlu dipagar dan dipasang CCTV segera kerana sebab berikut:


1. Kerap berlaku kecurian harta benda  madrasah seperti amplifier masjid, karpet, peralatan bàrangan besi, hasil pertanian/ternakan akibat pencerobohan dari orang luar. Laporan polis pernah dibuat mengenai masalah ini.
2. Masalah kebersihan dan penjagaan tanaman kawasan madrasah daripada binatang ternakan yang tidak dikawal seperti lembu/kerbau dan juga kehadiran binatang liar seperti ular, khinzir dan pernah ada kesan tapak kaki harimau kumbang.
3. Memastikan suasana selesa dan tenang untuk pelajar memberikan sepenuh perhatian kepada aktiviti pembelajaran yang dijalankan.








Madrasah Tahfiz At Taufiqiyyah Kg Pek, 18500 Machang Kelantan
Hj Wan Mohd Taufit - 019-912 6779